Monday 18 July 2011

~juvana akhir mlm ni~


Kepada pengikut setia Drama Juvana di TV3 setiap hari Isnin, 9 malam..  Jangan lupa saksikan malam ini Episod 13 yang merupakan episod akhir Siri Juvana!!!

Drama Juvana yang mendapat rating penonton lebih 2 juta kini sudah sampai penghujungnya. Pastinya peminat-peminat Juvana tidak sabar untuk menyaksikan episod kemuncak drama ini malam ini.

Drama Juvana Episod yang lepas menyaksikan Daim dipulaukan oleh kawan-kawannya kerana menjadi punca kekalahan mereka dalam pertandingan debat. Daim yang sengaja memberi kekalahan sebelum itu terdengar perbualan di antara Guard dan Warden Raja. Di dalam perbualan tersebut Daim terdengar Guard mengugut sekiranya dia tidak dibayar lebih tinggi dia akan membongkarkan mengenai Warden Raja yang telah menggunakan dana sekolah untuk kepentingan diri sendiri.
 
Daim kemudian mengesyaki Warden Raja tidak membawa rakaman suara pengakuan Kedah mengenai pembunuhan ibunya ke muka pengadilan dan ia disahkan apabila dia hampir bertanyakan kepada Datuk mengenai hal tersebut. Berikutan itu, Daim sengaja memberi kekalahan kepada sekolah tersebut supaya Warden Raja mendapat malu.

Daim telah menceritakan hal tersebut kepada Cikgu Zakiah dan kawan-kawannya namun didengari oleh Botak sebelum dia melaporkan hal tersebut kepada Guard dan Warden Raja. Daim dan kawan-kawannya dikurung dan dibelasah dalam kurungan. Cikgu Zakiah yang mendapat tahu hal tersebut cuba menghalang tetapi warden raja melarangnye mencampuri urusan mereka..                                                                      
 
Belum sempat Cikgu Zakiah hendak keluar untuk mengadu kepada pihak berkuasa dia telah dipengsankan oleh Cikgu Azmee yang disangkakan baik.

Apakah seterusnya yang akan berlaku? Adakah Cikgu Zakiah akan diapa-apakan oleh mereka? Selamatkah pelajar-pelajar yang ditangkap?

Jangan lupa saksikan malam ini di TV3 tepat jam 9 malam!!! 
 

  










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...