Thursday 26 May 2011

promosi kerja kawin 2011




Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2011 pada 26 Mei - 06 Jun 2011 pada pukul 10.00 pagi - 8.00 malam ( Ahad - Khamis ) dan 10.00 pagi - 10.00 malam ( Jumaat - Sabtu ) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Promosi ini merupakan penganjuran kali ke-6 yang bertemakan 'Kraf dan Perkahwinan Malaysia' dimana ianya mengetengahkan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk kraf yang bersesuaian dengan persiapan majlis perkahwinan pelbagai masyarakat di malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang promosi berlangsung diantaranya ialah:-
Aktiviti Utama
1. Jualan Kraf & Perkhidmatan Perkahwinan 2. Pameran Taman Raja Sehari3. Demonstrasi dan Interaktif Kraf Perkahwinan
  • Demonstrasi Kraf dan Interaktif Kraf
  • Andaman dan Tatarias Pengantin Malaysia
  • Masakan dan Kuih Tradisional
  • Interaktif Kraf Perkahwinan
4. Peragaan Fesyen Busana Pengantin Malaysia6. Irama Perkahwinan Malaysia7. Perkhidmatan Lawatan Berpandu Berkumpulan

jom lar bramai-ramai dtg ke kompleks kraf kuala lumpur,,,,,,,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...