Wednesday 11 May 2011

pedih ulu hati semasa hamil

sakitnya dada semalam, tuhan ja yang tau...sampai tak tido semalaman menahan sakit...hubby pun terpaksa la join tak tido gak...susah nak explain camna rasanya sakit tu...rasa cam nak nangis, tapi macam tak cukup nafas...


so, smlm mc, pegi klinik, doktor cakap bukan sakit dada...sakit tu orang sebut heart burn...lebih kurang pedih ulu ati...puncanya acid dalam badan...macam orang gastrik...baru la tau camna orang sakit gastrik...

Menurut Dr. Nor Ashikin, sehingga 75 peratus wanita hamil mengalami pedih ulu hati.

“Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut,” jelasnya.

Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.

Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.

“Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan,” ujar Dr. Nor Ashikin.

Bagaimana merawat pedih ulu hati:

1. Antasid.

Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.
2. Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid)

Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.

3. Alginates

Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.

Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.

Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.

9. Jangan merokok.

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.

11. Tangani stres dengan tenang.

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.

ehhehehehe 2 jer lah yg dapat as kongsikn bsama,,:)) adios

2 comments:

  1. ee..akak dapat rasakan camner sakitnyer lagig2 tgh pregannat kan..take care k..n cuba amalkan petua merawat pedih ulu hati..patut lar org gastrik kdg kala xleh nak pose..

    ReplyDelete
  2. hye kak as.
    takut nak baca post ats ni..so pika bace separuh je..heeee...ngilu je bunyi die kak as.
    btw, feel free to blogwalking dkt blog pika k. follow2 :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...