Wednesday 25 May 2011

manisnye gula!!!

smlm aku kena minum air gula untuk memastikan aku tidak menghadapi gestational diabetes (diabetes ketika hamil).
Semasa hamil diabetes akan berlaku kerana paras gula (glucose) ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut akan kembali ke paras normal selepas bersalin.
4% dari wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70% dari mereka akan pulih dari gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan membentuk diabetes jenis ke-2. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi.so smlm tpaksa la aku minum air gula 1 cawan,,manisnye jgn ckp lar,,sblum minum 2 kn ambik darah dulu then after minum air gula selepas 2 jam kn ambik lg,,masa tgh mnunggu utk  2jam tu aku tmuntah,,mgkin sbb aku pening kot 2 yg tmuntah,,ms pregnt first ok jer,ms msk utk ambik darah kali ke-2 aku x ckp pn kt nurse yg aku muntah (giler beb kang x pasal2 dia suruh aku minum lg)
 


Sapa yang kena minum air gula ni?
Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :
1. Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
2. Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
3. Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
4. Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
5. Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.
Bagaimana proses minum air gula
1. Kena berpuasa dari pukul 10 malam pada malam sebelum ke klinik
2. Pukul 7.30pagi kena dah ada kat klinik untuk ambil nombor giliran.
3. Apabila nombor giliran dipanggil, maka darah kita akan diambil sebanyak 5ml
4. Selepas tu, nurse akan bagi kita segelas air gula (mengandungi gula sebanyak 75 gram)
5. Selepas habis minum gula kena tunjuk kat nurse cawan kosong tu.
6. Nurse akan bagi tempoh 2 jam untuk tunggu, tapi x bagi balik. Kena tunggu di klinik sebab kalo balik bacaannya akan lari (kata nurse la)
7. Paras gula yang normal
Puasa <> Selepas minum air gula (selepas 2 jam) <>
8. Jika paras gula dalam darah anda melebihi 140 mg/dl, maka anda telah di diagnosis sebagai ‘gestational diabetes’
Kesan Terhadap Bayi
1. Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.
2. Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
3. Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
4. Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
5. Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)
6. Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.

Kesan Terhadap Wanita Mengandung1. Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.
2. Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.
3. 50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.
 
info dari google,,,heehheeheh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...