Thursday 26 May 2011

promosi kerja kawin 2011




Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2011 pada 26 Mei - 06 Jun 2011 pada pukul 10.00 pagi - 8.00 malam ( Ahad - Khamis ) dan 10.00 pagi - 10.00 malam ( Jumaat - Sabtu ) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Promosi ini merupakan penganjuran kali ke-6 yang bertemakan 'Kraf dan Perkahwinan Malaysia' dimana ianya mengetengahkan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk kraf yang bersesuaian dengan persiapan majlis perkahwinan pelbagai masyarakat di malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang promosi berlangsung diantaranya ialah:-
Aktiviti Utama
1. Jualan Kraf & Perkhidmatan Perkahwinan 2. Pameran Taman Raja Sehari3. Demonstrasi dan Interaktif Kraf Perkahwinan
  • Demonstrasi Kraf dan Interaktif Kraf
  • Andaman dan Tatarias Pengantin Malaysia
  • Masakan dan Kuih Tradisional
  • Interaktif Kraf Perkahwinan
4. Peragaan Fesyen Busana Pengantin Malaysia6. Irama Perkahwinan Malaysia7. Perkhidmatan Lawatan Berpandu Berkumpulan

jom lar bramai-ramai dtg ke kompleks kraf kuala lumpur,,,,,,,

Wednesday 25 May 2011

manisnye gula!!!

smlm aku kena minum air gula untuk memastikan aku tidak menghadapi gestational diabetes (diabetes ketika hamil).
Semasa hamil diabetes akan berlaku kerana paras gula (glucose) ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut akan kembali ke paras normal selepas bersalin.
4% dari wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70% dari mereka akan pulih dari gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya akan pulih selepas bersalin, kebanyakan mereka akan membentuk diabetes jenis ke-2. Diabetes yang tidak dirawat akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi.so smlm tpaksa la aku minum air gula 1 cawan,,manisnye jgn ckp lar,,sblum minum 2 kn ambik darah dulu then after minum air gula selepas 2 jam kn ambik lg,,masa tgh mnunggu utk  2jam tu aku tmuntah,,mgkin sbb aku pening kot 2 yg tmuntah,,ms pregnt first ok jer,ms msk utk ambik darah kali ke-2 aku x ckp pn kt nurse yg aku muntah (giler beb kang x pasal2 dia suruh aku minum lg)
 


Sapa yang kena minum air gula ni?
Semua wanita hamil mempunyai potensi menghidapi diabetes dan kebanyakan wanita yang menghidap penyakit tersebut tidak mempunyai faktor risiko. Bagaimanapun sesetengah wanita berisiko tinggi untuk mendapatkannya. Faktor risiko adalah :
1. Umur: Wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun cenderung untuk mendapat gejala tersebut.
2. Sejarah diri dan keluarga: Anda berisiko tinggi jika ada sejarah dari kalangan ahli keluarga yang menghidap diabetes peringkat awal atau anda menghidap diabetes semasa kehamilan dahulu.
3. Berat badan: Berat badan seseorang wanita sebelum hamil melebihi 80 kg
4. Sejarah mempunyai bayi yang besar: Si ibu yang pernah bersalin dengan berat badan bayi melebihi 3.5 kg adalah berisiko tinggi.
5. Kehamilan kembar: Wanita yang telah mendapat kehamilan kembar atau ‘hydramnions’ adalah mempunyai risiko tinggi.
Bagaimana proses minum air gula
1. Kena berpuasa dari pukul 10 malam pada malam sebelum ke klinik
2. Pukul 7.30pagi kena dah ada kat klinik untuk ambil nombor giliran.
3. Apabila nombor giliran dipanggil, maka darah kita akan diambil sebanyak 5ml
4. Selepas tu, nurse akan bagi kita segelas air gula (mengandungi gula sebanyak 75 gram)
5. Selepas habis minum gula kena tunjuk kat nurse cawan kosong tu.
6. Nurse akan bagi tempoh 2 jam untuk tunggu, tapi x bagi balik. Kena tunggu di klinik sebab kalo balik bacaannya akan lari (kata nurse la)
7. Paras gula yang normal
Puasa <> Selepas minum air gula (selepas 2 jam) <>
8. Jika paras gula dalam darah anda melebihi 140 mg/dl, maka anda telah di diagnosis sebagai ‘gestational diabetes’
Kesan Terhadap Bayi
1. Kematian kandungan dalam rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dalam kandungan walaupun selepas 2 bulan hamil.
2. Pembesaran bayi yang berlebihan: Gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yang mempunyai saiz yang melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
3. Tekanan darah rendah (hypoglycemia) dikalangan bayi baru lahir: Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dalam rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yang kerap. Dalam kes-kes tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
4. Simtom lemah pernafasan: Bayi yang mempunyai ibu yang mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendapatkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
5. Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning.(jaundice)
6. Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan(obesity) kemudian hari.

Kesan Terhadap Wanita Mengandung1. Wanita yang sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap ‘pre-eclampsia’ (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dalam air kencing) selepas empat bulan hamil.
2. Seseorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih.
3. 50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetes jenis ke-dua kemudian hari.
 
info dari google,,,heehheeheh

Monday 23 May 2011

macaron




siapa disini pernah mkn macaron,,tetiba lak rasa mcm nk mkn  jer!!! tliur mak.
lagi2 bila tgk gmbr ni,,mak aii nafsu mkn mbuak2,,siapa th kt mane ade jual macaron ni




 As dengar harga macaron ni dlm rm 3.00 sebijik,,mahal gak sebab dia kecil cenonet jer
x kisah lar2,janji dapat rasa sudah,,,,heheheheeheh
habis lar my abi kena mcari macaron utk isterimu yg tgh mgidam ni,,,:))

~kasih tiada penghujung~

lately macam2 timbul isu.. beberapa minggu yg lepas,rasanye lar timbul isu botol susu BPA free.dipendekkan cerita kerajaan bg tempoh setahun kpd pengeluar & pengedar utk gantikan botol biasa kpd botol BPA free.memang as sedar akan kewujudan botol2 BPA free di pasaran..memandangkn skrg nk tukar botol fahmi so tpaksa lar cari botol yg ada BPA free






namun selepas dikatakan botol yg ader BPA ni boleh mnyebabkan kanser, maka tpaksa change my mind... biarlah sengkek sedikit asalkan anak2 sihat sejahtera.. maka,sabtu tadi borong lar 2 botol avent 260 ml dgn putingnye skali,,





ni dia,,,, yg besar utk si abg n kecil utk baby yg akn lahir nti,,mula2 nk cari utk fahmi saje,tp my abi ckp alang2 dh beli,beli lar skali tuk baby dlm perut 2 nti x yah beli dh.as ok jer yer lar bkn kita yg keluarkan duit,,hari 2 mlayang lah jg sejumlah wang,,demi kebaikan ank x per lah,,,

mula2 takut jg klau fahmi x nk minum guna wide neck bottle,,,tp bila bg susu dia ok jer.lega lar sikit
kira x sia2 lar..bak kata org alah membeli menang memakai.....


==>ibu yg pengasih,,,,

Thursday 19 May 2011

big ball


this is my hero dgn bola besarnye,,,bola lg besar dr tuan hehehe,,, bola ni pemberian dr wawannye,,
ms mula2 dpt bola ni fahmi nanges.maklumla besar sgt,,dia takut agaknye!! lama kelamaan ok dh.
smenjak dh pandai bjln ni bole kata x duduk diam lar mamat ni main dgn bola nye,,dia mmg suke gan bola,,biase lar ank lelaki kn,,pantang nmpk dia akn sebut nak,,nak,,nak,,,pastu dia x pggl bola dia pggl bobok xtau bahasa mana dia belajar,,,hehehehe setahu aku x der plak keturunan aku jawa,,,mula2 x phm jg apa 2 bobok,,tnya lar kt dia fahmi nk apa..dia tunjuk bola,,ooo rupanye 2 lar bobok,,,ish mcm2 dgn keletah ank2 yg nk mbesar ni,,,,gmbr diatas ni di ambil pd waktu ptg gelap sikit,,maklumla tpon cap ayam,,,ok 2 jer yg dpt ku tulis,,adios :) sau sin sau
Posted by Picasa

Wednesday 18 May 2011

~*trimester ketiga kehamilan~*

semalam g scan baby gan hubby,,yer la dh masuk mggu ke 29 doc nk tgk pkembangan baby ok ke x,,so tanya la doc sama ada nmpk x jantina baby lelaki or prmpuan doc ckp insyaallah prmpuan sbb baby x nak bgerak sgt,,masa tgh scan 2 nmpak baby tgh hisap jari sweet sgt.tiba2 tsentuh hati melihat ciptaan yg maha esa,alhamdulillah egkau telah melengkapkan keluargaku,,lengkaplah cahayamataku sepasang,,



ni la gmbr baby ms scan smlm,,disini jg As share kn tentang trimester ketiga kehamilan.....


MINGGU KE-28

Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.

Tubuh anda
Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.
 
 
 
MINGGU KE-29

Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.

Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.
 
 



MINGGU KE-30

Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.

Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.



MINGGU KE-31

Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.

Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.



MINGGU KE-32
Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.

Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.



MINGGU KE-33
Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.

Tubuh anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.



MINGGU KE-34
Bayi Anda
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm. 

Tubuh anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.


MINGGU KE-35
Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm. 

Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet.
Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.



MINGGU KE-36
Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.


MINGGU KE-37
Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin. 



MINGGU KE-38
Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.



MINGGU KE-39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm. 

Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.


MINGGU KE-40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.

 
ok itu jer yg dpt as kongsikn bersama,,adios :)
 
==>isteri incik fadhli

Monday 16 May 2011

minyak pusaka

haa,,ini lah minyak pusaka,sabtu tadi ajak hubby blk kmpung maklumlah dh 4 bln x blk kampung
so alang2 dh blk kampung, beli la stok minyak pusaka ni banyak2,minyak ni untuk kegunaan bg baby yg kembung perut alhamdulilah masa lepas bsalin as guna minyak ni tuk baby mmg bkesan,,sapukn pada perut n tapak kaki baby klau baby kembung dia akan terus kentut,,sampai skrg ank dh besar pn still mgunakn minyak ni,,,,




minyak ni juga sesuai tuk org dewasa tau,,selain itu jg ia sesuai bagi yg tkena gigitan serangga,bengkak-bengkak kecil,melecur disebabkan air panas atau getah,luka kecil dan bagi kanak2 yg kerap kencing malam
jgn ingat ia utk disapu saja tau,,ia boleh jg diminum,,,,


Wednesday 11 May 2011

pedih ulu hati semasa hamil

sakitnya dada semalam, tuhan ja yang tau...sampai tak tido semalaman menahan sakit...hubby pun terpaksa la join tak tido gak...susah nak explain camna rasanya sakit tu...rasa cam nak nangis, tapi macam tak cukup nafas...


so, smlm mc, pegi klinik, doktor cakap bukan sakit dada...sakit tu orang sebut heart burn...lebih kurang pedih ulu ati...puncanya acid dalam badan...macam orang gastrik...baru la tau camna orang sakit gastrik...

Menurut Dr. Nor Ashikin, sehingga 75 peratus wanita hamil mengalami pedih ulu hati.

“Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut,” jelasnya.

Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.

Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.

“Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan,” ujar Dr. Nor Ashikin.

Bagaimana merawat pedih ulu hati:

1. Antasid.

Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.
2. Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid)

Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.

3. Alginates

Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.

Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.

Apa yang perlu dilakukan bagi mengelakkan pedih ulu hati?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.

9. Jangan merokok.

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.

11. Tangani stres dengan tenang.

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.

ehhehehehe 2 jer lah yg dapat as kongsikn bsama,,:)) adios

Monday 9 May 2011

aku,,,,,,

hai,,,namaku khazniah tp org pggl as jer,,,aku seorg yg sempoi n gile2 jg lar,,,heheheeh
aku dh brmhtgga,mpunyai seorg cahayamata n bakal mdapat yg kedua,,,
skrg aku tgh pregnt 5 bln,,perut pn dh mboyot,,,,,aku ni seorg yg suke bgaya
tp tgk mood jg lar,,kadang2 klau dtg time malas,,aku hentam kromo jer,,,,
ok lar 2 jer serba sedikit ttg diri aku,,,adios :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...